CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 April - TelBru Photo Hunt Results



The results are out... Hehe I got no. 10. I was targeting for the 2nd prize though. But still quite happy to get top ten among 200 'photo hunters'.

26 April - Time Extended for the Preliminary Round of BASE National Design & Technology Competition 2009

BASE National Design & Technology Competition 2009
(Year 2 & 3)

The preliminary round for the BASE National Design & Technology Competition 2009 will be extended to the 8th and 9th of May 2008 due to give more time for the participants to complete their task.

Schedule for the preliminary round has already been emailed to the one who had given on the form submitted. To those schools with no email, will be notified through fax or post.

25 April - My 1st Wedding Anniversary


Today is my 1st wedding anniversary. I tried to celebrate the anniversary today but my schedules are tight. I managed to buy present for her last night and we manage to have dinner together. We went to Excapade Kiulap. Although its not that fancy, but it 'is still' the place where we always hang out since we were not yet married. Happy 1st Wedding Anniversary o my wife. Love you.

18 April - BASE Science & Technology Week 2009 Briefing

Supervising teachers from both government and private primary schools.
Chairperson briefing the teachers.
The supervising teachers.

Draw for preliminary schedule.

For more pics, click here.

17 April -Bengkel Pemimpin-Pemimpin Baru Ahli Pandu Puteri dan Tunas Puteri

Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam telah mengadakan bengkel 3 hari bagi pemimpin-pemimpin baru ahli pandu puteri dan tunas puteri yang diadakan di Pusat Latihan dan Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Anggerek. Bengkel 3 hari tersebut bermula pada hari Khamis.

 Seramai 72 orang ahli pemimpin baru pandu puteri dan tunas puteri ditunjuk ajar cara-cara persetiaan dan aktiviti-aktiviti yang dapat dikongsi-sama.  





For more pics, click here.

16 April - My Birthday Girl (1 Month Old)

Nur Alma'iyah Harisah binti Harrisman Ashady 1 month old today hehehe.
With her mother for her 1st appointment with the clinic.
Medical Check-up at the clinic. She cried so loud after being injected.
Dipaksa bangun untuk begambar birthday. Tpi mcm bukan bangun tidur.
Smiling after me & my wife singing 'Happy Birthday' song to her. No cake yet. Alum jua start makan. Kalau dibalikan cake mcm inda adil, birthday girl alum dapat makan. Mummy & Daddy plang yg makan tu plang hehehe.

8 April - Just Another Day With My Pupils

Nice smile
Good Boy
Teacher's Pet
Think Hygiene 

7 April - Membaca Syiok

Sekolah Rendah Serasa mengadakan aktiviti 'Membaca Syiok' untuk menggalakkan membaca di kalangan murid-murid. Murid yang lemah diberikan bimbingan membaca oleh guru masing-masing. Program 'Membaca Syiok' diadakan setiap pagi Selasa.










4 April - Farewell Party Guru Pindah Sekolah & Bersara @ Jerudong Polo Club


Mantan Guru Besar SR Serasa, Cikgu Abdul Rahman telah berpindah ke Sekolah Rendah Katok.
Cikgu Zuriati telah berpindah ke SR DMY Mentiri.



For more pics, click here.

4 April - Majlis Penyampaian Waran Pemimpin Pengakap

Media Permata
Oleh Sulaiman Haji Sihiek

Hehe i'm the only one in blue uniform in this picture.

Me with Sharol.


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Majlis Penyampaian Waran Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap seluruh Negara berlangsung baru-baru ini yang bertempat di Dewan Serbaguna Pengakap Tingkat 5, Bangunan Ibu Pejabat Pengakap Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Seramai 102 orang pemimpin dan penolong pemimpin Pasukan Pengakap dari seluruh Negara telah menerima Waran masing-masing yang melibatkan Pemimpin Pasukan Pengakap dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab kerajaan dan pendidikan swasta.

Waran atau tauliah surat kuasa yang dikeluarkan oleh Persekutuan tersebut kepada individu-individu yang menyandang lantikan sebagai pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap atau Penolong-Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap sebagai tanda pengiktirafan bagi menjalankan tugas mereka di dalam pasukan masing-masing (sekolah).

Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelancaran kegiatan dan memajukan pergerakan Pengakap di negara ini khususnya dan dunia pada amnya. Bersesuaian dengan kehendak SPN21 yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Penyampaian waran ini telah disempurnakan oleh Haji Awang Badar Haji Awang Ali, yang juga ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara persekutuan tersebut.

4 April - I'm In The News - 102 Pemimpin Pengakap Terima Waran Lantikan

Media Permata
Oleh: Sim Y. H.

Haji Badar menyampaikan pelantikan kepada penerima

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Seramai 102 pemimpin dan penolong pemimpin pasukan pengakap dari seluruh negara menerima waran pelantikan mereka pada Majlis Penyampaian Waran kepada Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap di Dewan Serba guna ibu pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), hari ini.

Yang hadir untuk menyampaikan waran kepada penerima ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Haji Badar Haji Ali yang dalam ucapan beliau menyatakan visi PPNBD menjelang 2013 ialah mempunyai seramai 10,000 anggota pengakap.

Pasukan itu sekali gus akan menjadi pergerakan belia yang utama dalam menyediakan program yang mencabar serta membangunkan kecemerlangan belia dan akan memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa.

Beliau juga berkata visi PPNBD adalah selaras dengan visi Kementerian Pendidikan untuk menyediakan pendidikan yang menyeluruh untuk semua bagi mencapai potensi yang maksimum.

Katanya dalam Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) jelas menunjukkan terdapat pelbagai program pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan dan salah satu adalah pelaksanaan pendidikan kokurikulum.

Beliau menerangkan harapan Menteri Pendidikan adalah supaya kegiatan kokurikulum yang terancang dan lebih teratur akan dijadikan medan untuk menanam dan memupuk pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk mencapai hasrat kementerian.

Sehubungan itu kegiatan kokurikulum sudah menjadi kriteria wajib dalam pertimbangan untuk mendapatkan biasiswa di dalam dan luar negara, menyertai kursus di institusi pengajian tinggi dan juga untuk mendapatkan pekerjaan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian waran kepada 102 penerima oleh Haji Badar yang diikuti dengan lafaz Persetiaan Pengakap dan Ikrar Aku Janji oleh penerima waran.

Waran atau tauliah surat kuasa yang dikeluarkan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam kepada pemimpin dan penolong pasukan pengakap adalah sebagai tanda pengiktirafan bagi menjalankan tugas mereka dalam pasukan pengakap di sekolah masing-masing.

Dengan memiliki waran itu seorang pemimpin atau penolong pemimpin mendapat perlindungan insurans daripada PPNBD sekiranya berlaku kemungkinan yang tidak diingini terhadap diri dan juga anggota pengakap di bawah pimpinan mereka.

Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelancaran kegiatan dan memajukan pergerakan pengakap di Brunei dan juga di dunia.

3 April - Pemimpin Pengakap Terima Waran Lantikan

I lent my camera to one of the rover scouts to take pictures of the event. At least, I'm in the picture hehehe.







Hehehe unsuccessful group photo. Inda tarang gambar ani kna ambilkan hehehe