CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

4 April - Majlis Penyampaian Waran Pemimpin Pengakap

Media Permata
Oleh Sulaiman Haji Sihiek

Hehe i'm the only one in blue uniform in this picture.

Me with Sharol.


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Majlis Penyampaian Waran Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap seluruh Negara berlangsung baru-baru ini yang bertempat di Dewan Serbaguna Pengakap Tingkat 5, Bangunan Ibu Pejabat Pengakap Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Seramai 102 orang pemimpin dan penolong pemimpin Pasukan Pengakap dari seluruh Negara telah menerima Waran masing-masing yang melibatkan Pemimpin Pasukan Pengakap dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab kerajaan dan pendidikan swasta.

Waran atau tauliah surat kuasa yang dikeluarkan oleh Persekutuan tersebut kepada individu-individu yang menyandang lantikan sebagai pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap atau Penolong-Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap sebagai tanda pengiktirafan bagi menjalankan tugas mereka di dalam pasukan masing-masing (sekolah).

Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelancaran kegiatan dan memajukan pergerakan Pengakap di negara ini khususnya dan dunia pada amnya. Bersesuaian dengan kehendak SPN21 yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Penyampaian waran ini telah disempurnakan oleh Haji Awang Badar Haji Awang Ali, yang juga ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara persekutuan tersebut.

4 April - I'm In The News - 102 Pemimpin Pengakap Terima Waran Lantikan

Media Permata
Oleh: Sim Y. H.

Haji Badar menyampaikan pelantikan kepada penerima

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Seramai 102 pemimpin dan penolong pemimpin pasukan pengakap dari seluruh negara menerima waran pelantikan mereka pada Majlis Penyampaian Waran kepada Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap di Dewan Serba guna ibu pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), hari ini.

Yang hadir untuk menyampaikan waran kepada penerima ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Haji Badar Haji Ali yang dalam ucapan beliau menyatakan visi PPNBD menjelang 2013 ialah mempunyai seramai 10,000 anggota pengakap.

Pasukan itu sekali gus akan menjadi pergerakan belia yang utama dalam menyediakan program yang mencabar serta membangunkan kecemerlangan belia dan akan memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa.

Beliau juga berkata visi PPNBD adalah selaras dengan visi Kementerian Pendidikan untuk menyediakan pendidikan yang menyeluruh untuk semua bagi mencapai potensi yang maksimum.

Katanya dalam Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) jelas menunjukkan terdapat pelbagai program pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan dan salah satu adalah pelaksanaan pendidikan kokurikulum.

Beliau menerangkan harapan Menteri Pendidikan adalah supaya kegiatan kokurikulum yang terancang dan lebih teratur akan dijadikan medan untuk menanam dan memupuk pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk mencapai hasrat kementerian.

Sehubungan itu kegiatan kokurikulum sudah menjadi kriteria wajib dalam pertimbangan untuk mendapatkan biasiswa di dalam dan luar negara, menyertai kursus di institusi pengajian tinggi dan juga untuk mendapatkan pekerjaan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian waran kepada 102 penerima oleh Haji Badar yang diikuti dengan lafaz Persetiaan Pengakap dan Ikrar Aku Janji oleh penerima waran.

Waran atau tauliah surat kuasa yang dikeluarkan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam kepada pemimpin dan penolong pasukan pengakap adalah sebagai tanda pengiktirafan bagi menjalankan tugas mereka dalam pasukan pengakap di sekolah masing-masing.

Dengan memiliki waran itu seorang pemimpin atau penolong pemimpin mendapat perlindungan insurans daripada PPNBD sekiranya berlaku kemungkinan yang tidak diingini terhadap diri dan juga anggota pengakap di bawah pimpinan mereka.

Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelancaran kegiatan dan memajukan pergerakan pengakap di Brunei dan juga di dunia.

3 April - Pemimpin Pengakap Terima Waran Lantikan

I lent my camera to one of the rover scouts to take pictures of the event. At least, I'm in the picture hehehe.







Hehehe unsuccessful group photo. Inda tarang gambar ani kna ambilkan hehehe

29 Mac - APCC Mission Project 2009 Trip to Kg Ayer (Day 1)

The foster families had a joint activities with their japanese kids to go around Kg. Ayer at Mukim Tamoi.

Forgot to take off my lens hood in this shot, but I still like the moment.
I really like this shot.


I like the clouds in this shot.
For more pics, click here.

29 Mac - APCC Mission Project 2009 @ Brunei Hotel (Day 1)

15 Japanese delegates for APCC Mission Project 2009 with their foster parents.



















For more pics, click here.