CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

4 April - Majlis Penyampaian Waran Pemimpin Pengakap

Media Permata
Oleh Sulaiman Haji Sihiek

Hehe i'm the only one in blue uniform in this picture.

Me with Sharol.


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Majlis Penyampaian Waran Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap seluruh Negara berlangsung baru-baru ini yang bertempat di Dewan Serbaguna Pengakap Tingkat 5, Bangunan Ibu Pejabat Pengakap Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Seramai 102 orang pemimpin dan penolong pemimpin Pasukan Pengakap dari seluruh Negara telah menerima Waran masing-masing yang melibatkan Pemimpin Pasukan Pengakap dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab kerajaan dan pendidikan swasta.

Waran atau tauliah surat kuasa yang dikeluarkan oleh Persekutuan tersebut kepada individu-individu yang menyandang lantikan sebagai pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap atau Penolong-Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap sebagai tanda pengiktirafan bagi menjalankan tugas mereka di dalam pasukan masing-masing (sekolah).

Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelancaran kegiatan dan memajukan pergerakan Pengakap di negara ini khususnya dan dunia pada amnya. Bersesuaian dengan kehendak SPN21 yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Penyampaian waran ini telah disempurnakan oleh Haji Awang Badar Haji Awang Ali, yang juga ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara persekutuan tersebut.

0 comments: